Friday, March 20, 2009

Hari semalam

20 Mac 2009 (siang)

Semalam, kira-kira jam 11 pagi aku bertolak dari rumah ke Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah di kawasan berdekatan dengan bangunan Yayasan Sabah. Dengan bertongkatkan kedua-dua kaki ku, aku berjalan keseorangan ke kawasan yang ala-ala sunyi tu....

Nak dijadikan ceritera, setiba aku di sana, jam 11.30 pagi, kedai buku Dawama telah ditutup dan bakal dibuka semula pada jam 2 petang. Memandangkan aku dah berjalan kaki sejauh itu dari bus stop luar, aku terasa semakin penat pula bila terfikir nak balik ke rumah terus tanpa menunggu jarum jam pendek ke nombor 2. Nak tunggu di situ dari jam 1130 sampai jam 1400 pula, tak sanggup...tak sanggup...da la datang sana bawa sekaki payung jak...klu ada library ka,ada kawan ka, ada bawa buku, ok lah juga....boleh la tunggu lama-lama 'sikit'(yang sebenarnya bakal menunggu hingga lebih 2 jam)....bayangkan la aku menunggu kedai tu dibuka sampai pukul 2...tanpa orang disekitarnya, hanya duduk ja macam orang takda tujuan...2 jam...2 jam tuh....kalau aku belajar 2 jam, bertambah juga ilmu di dada.... kalau aku makan 2 jam, syukur....kalau aku tidur 2 jam, tersimpan tenaga ku....masa ni lar baru aku terasa lamanya masa 2 jam tu....

Setelah barfikir panjang-panjang untuk beberapa ketika, aku pun decide nak tunggu....tapi tak nak tunggu kat tempat tu,...aku pun keluar dengan gagahnya dari simpang Dewan Bahasa tu ke restoran McD yang berdekatan. Mujur ada shell dekat luar tu, boleh juga aku makan tengahari dekat McD yang jadi tempat persinggahan sementara menunggu kedai tu dibuka semula....tiba jam 12, aku pilih lar mc value lunch yang ada fillet-o-fish.....teringat 'kakasih' ku pernah kata, sedap..tapi tak kenyang...aku pun pilih la menu yang kurang mengenyangkan tuh....aku nak diet, sebab aku fikir nak simpan perut untuk malam nanti - ada malam penganugerahan pelajar-pelajar spta dekat Shang-ri La Rasa Ria Tuaran...makan BESAR tuh.....

Setelah kenyang, aku segera keluar dari restoran tu sebab banyak orang tengah mencari tempat duduk yang kosong...maklum lar, sejak McD buat pakej murah setiap jam 1200-1500 ni, McD salu penuh dengan manusia yang laparrrrrrr macam aku sekarang....bila aku da keluar, aku terus ja ke bus stop tepi jalan, tunggu sendirian macam tuh, macam aku tunggu bas ja...padahal tunggu masa berlalu...setengah jam 'beristirehat' di sana, aku meniti kembali ke DBP....alahai, panas-panas....nasib lar berpayung....tapi bahang di jalan raya tetap terasa...

Setibanya di sana, jam baru pukul 1...adoiiiii....lagi 1 jam.....aku pun meneruskan penantian....duduk,duduk,duduk dan duduk.....dan akhirnya berdiri setelah terlalu bosan menunggu...aku tengoklah notis-notis yang bersaiz A4 dekat papan makluman bersebelahan dengan kaunter pertanyaan...kaunter tu takda orang yang jaga...ada la terbaca notis pasal kekosongan jawatan yang terdapat di DBP nih...untuk jawatan sekian-sekian, gajinya begini-begini....ada juga untuk kenaikkan pangkat....bla bla bla.....

Jam da masuk pukul 2 petang...pusat penyimpanan dokumentasi bahasa melayu yang terletak berdepan dengan kedai buku Dawama sudah dibuka semula...tapi, kedai buku yang di tunggu-tunggu belum menunjukkan ada orang yang akan menukarkan tanda 'TUTUP' di kaca pintu kepada perkataan 'BUKA'....aku sabar menunggu untuk beberapa minit lagi...mungkin penjaganya sedang dalam perjalanan...

Masa menunggu bertambah panjang...ada sebuah keluarga datang dan turut menanti diluar kedai buku...penantian sungguh menyeksakan...melihat ramai orang di ruang legar, seorang pegawai datang bertanyakan tujuan kami....

pakcik yang sorang tu pun cakap la..."kami mau beli buku teks untuk anak-anak, bila kedai nih mau buka ya?" tanya pakcik yang nampaknya berperanan sebagai ketua keluarga....lembut nadanya bertanya...

"Oh...maaf ya..kedai buku nih tidak dibuka sehingga minggu hadapan...sebab kami ada buka gerai DBP di Centre Point KK, encik mungkin boleh ke sana untuk membeli buku teks tuh", jawab pegawai tu...

"Ya ka....?ba, ndak apa la...terima kasih ya....", ringkas jawapan pakcik tuh....

Alahai....aku apa lagi,...mengamuk lar macam hang jebat...aku keluarkan keris 8 lok aku tuh....yah..yah..yah...aku buka langkah silat....aku tanya....""kenapa korang tak letak notis bagitau yang kedai ni di tutup semasa tarikh nih sampai tarikh nih????""

Aish....berangan betul nak amuk-amuk...heh...aku pun blah terus dari DBP....tak jadi ikut dengan angan-angan tadi tu....sebaik ja keluar dari DBP, aku terus naik bas yang berhenti dan menuju ke KK-Kota Kinabalu...sampai ja di KK, terus aku berjalan laju menuju ke CP-Centre Point....penatnya....

Akhirnya, setiba aku di CP, aku berusaha mencari gerai DBP di ruang legar bangunan tersebut.....yes...jumpa...senang ja nak cari sebenarnya...heh...aku kembali bersemangat untuk mendapatkan buku yang dicari-cari....sampai ja di sana, aku kecewa sekali lagi....buku yang diinginkan tiada ditemui....aduhai...sia-sianya usaha ku hari ini......

Aku balik dengan tangan kosong...yang aku peroleh hari ini hanya keletihan yang tak tertanggung lagi oleh kedua-dua kaki ku...tapak kaki terasa panas...setibanya aku di rumah, aku berehat-rehat seketika...mengiron baju untuk dinner malam ni,..dan bersiap-siap...penat yang ditanggung tidak berkurangan.....

Jam 7 malam, jack menjemputku di depan hep...kevin duduk disebelahnya...kami menuju ke rumah mira untuk menjemputnya seperti yang dijanjikan oleh jack....setelah kami berempat berkumpul di dalam kereta jack, kami bertolak beramai-ramai...semuanya ada 5 buah kereta...convoy kali ni menuju ke Shang-ri La Rasa Ria Tuaran Resort....terhibur dengan gelagat syafiani yang memandu perjalanan untuk 4 buah kereta di belakangnya...boleh pulak dia main pusing-pusing dekat roundabout...hehehe...yang lain ikut ja berpusing-pusing...entah berapa kali dia konon-konon nak masuk simpang, tapi tak jadi..saja nak bergurau....

Sampai di resort tersebut, aku terpegun dengan pelbagai gaya pemakaian rakan-rakan sekuliah...semuanya tampak bergaya...tema merah dan hitam untuk masquerade night ni membuatkan ballroom dipenuhi dengan manusia berbaju merah dan hitam..yang lucunya merah muda yakni pink pun ada yang memakainya....yang lelaki, semuanya nampak segak dengan gaya masing-masing...yang wanita bertambah anggun dengan dengan dress yang dikenakan...aku pun tak kalah juga lar...hehehehe....tak pernah bermake up, buat juga make over sikit dekat muka nih...nampak lar juga kelainan...dengan hasil tangan kawan serumah ku, aku minta khidmat ikhlas mereka untuk memake up kan aku dengan sederhana....kesannya, mata ku nampak bertambah besar...hahahah...sebab, celak ja yang bagi effect...eye shadow guna kaler yang hampir sama dengan warna kulit....takda guna blusher pun..tapi mascara guna...bulu mata yang pendek jadi melentik dan panjang, tapi tetap tidak ketara perubahannya.....tapi aku puas hati...merasa juga di make up sebelum melangkah ke dunia pekerjaan...perubahan pada wajah juga meningkatkan self-esteem aku malam ni...










Setelah di make up....aiseh....lain pulak rupa aku dekat sini....
macam tak kenal pun ada juga....hahahaha












Aku bersama Nuranezan....rakan sekuliah juga
merupakan rumet semasa tahun 1...mantap giler dressing aniey malam nih..







Bersama mr.david...our uncle...actually he is our lab instructor... yang paling outstanding la aku rasa...boleh geng ngan kamiorang.... tapi rasanya semua lab instructors kami sporting...











Ni pulak gambar aku, ayu dan akma....ni muka-muka budak kolej kediaman indah permai....bising dekat belakang kamiorang tu tanda majlis da berakhir...semua orang bergerak untuk mengambil gambar kenang-kenangan...termasuklah kami...





Ini pula merangkap penerima anugerah khas dekan kerana jasanya sebagai bekas presiden persatuan mahasiswa sekolah perhutanan tropika antarabangsa sesi 2007/2008. Beliau telah menggerakkan pelbagai aktiviti dan mengaktifkan lagi perjalanan aktiviti persatuan kami cadangan-cadangan baru. Namanya Irwan bin Jaisun..my coursemate yang perasan datang dari Jepun...hah..onizuka sensei..





Lelaki di sebelah ku ni, namanya Jack...keta dia la yang kami ikut memandangkan kami dari kolej yang sama...orang Kota Belud ni pemalu orangnya....tapi kalau da start nakal, memang tak boleh tahan.....

Ni pulak namanya Ellvis Presley...hahahah..takda lar...Elvis Francis...nama bukan main glamour kan....tapi orangnya low profile ja...ni salah satu gambar skandal yang kami tangkap...hehehehe...

Malam Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPAN09) tahun ini sangat memuaskan...selaku pelajar tahun 3, setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar tahun 2 dan tahun 1 kerana mengusahakan majlis ini jayanya...Terima kasih dan semoga berjaya menjayakan program-program persatuan yang seterusnya.....

MAPAN09 menutup tirainya pada jam 11.30 malam. Terlalu banyak gambar yang dirakamkan, tapi kebanyakkannnya di kamera rakan-rakan....Kenangan hari semalam akan diabadikan buat selamanya...tidak sedar masa berlalu dengan pantas....rasanya seperti baru semalam masuk ke universiti, sekarang hampir tiba ke penghujung semester akhir bergelar mahasiswa sarjana muda...selepas ini, pastinya semua rakan-rakan akan mengikut haluan masing-masing...mungkin ada yang mula bekerja dalam bidang perhutanan, mungkin juga dalam bidang rekreasi atau pelancongan....tak kira la dengan kerajaan atau swasta...pastinya ada di antaranya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi....dan tak mustahil sekiranya ada yang menceburkan diri dalam pekerjaan yang berbeza dengan yang dipelajari sekarang....yang pastinya, setiap insan pasti ada rezekinya sendiri yang telah ditetapkan oleh Allah buat hambanya....

20 Mac 2009 ini memberikan pelbagai kenangan...pahitnya di siang hari, manisnya tika malam....pengalaman yang dilalui sepanjang hari ini akan menjadi pedoman dan penentu di hari-hari mendatang....aku tetap terus melangkah walaupun kekecewaan semalam masih terasa....insyaAllah esok masi ada untuk aku mencari buku yang dicari di dewan bahasa dan pustaka....buku apa tu ya???heheheheh....sebenarnya aku cari buku statistik inferensi...selama ni aku pinjam buku kawan ja....rasa nak memiliki sendiri ja....

Hah...my 2nd post ni, saja nak buat....pengalaman pahit terkini...nak diabadikan buat diri sendiri...rasa lucu bila terkenang....tak ada apa sangat yang istimewa...sekadar pengalaman biasa yang rasanya ada juga orang yang pernah melaluinya....

Sekian, selamat pagi buat semua.




















Sunday, February 15, 2009

Langkah Pertama

First time aku menaip dkt blog nih, aku tak tau nak cita pasal apa...
aku just try nak buat blog nih atas saranan beberapa orang member....
saranan untuk mengisi masa lapang kata mereka...
walaupun aku tak suka bab2 writing, tapi aku kena suka juga sbb aku suka reading....
especially apa yang aku baca tuh ada kait2 kenangan2 dulu....aiseh...
testing first lar...nak tgk dulu apa jadi dengan post nih...